| Friday, 28-Apr-2006 17:16 |
|
Le Tour de Taiwan
|
|
19 - 22 Apr 2006
19
Aku ke Kaohsiung, Taiwan. urusan kerja. Masa nak pi, Penang-KL-Hong Kong-Kaohsiung. Letih jugak la, bertolak pkl 7.45 pg, sampai KLIA, tgu sejam, baru bertolak ke HK. Sampai HK, kena tunggu 5 jam sblm dpt ke Kaohsiung. Sampai Kaohsiung dah mlm. 9 lebih baru sampai hotel. cayalah, hotel 6 bintang. siap ada gym dlm bilik (sampai ke balik aku tak bersenam pun :-D )
Activiti first day tadak apa, dlm flight ngan airport je. tidoq.
20
6.30 pagi aku bangun cam biasa (mcm kat malaysia) nak solat subuh. hahahah. subuh moyang dinosaur aku. rupanya pagi diorang start awal. siot je. brekfast kat hotel, then terus gi tempat vendor. pemandu teksi kat sini langsung tak reti cakap english. nasib baik la aku reti cakap mandarin skit2. sampai kat tmpat vendor dlm pkl 9.30 pg (awal la ni, time aku gi kerje pun), diorang terkejut, apsal tiba2 aku sampai dari jauh. (diorang silap info, ingatkan aku nak pergi besok) hahah. siot. tapi dijemput masuk la, diorang letak aku dlm conference room diorang. ok la, ada phone, ada line internet. online jap, update boss. dapat berita buruk, kena stay extra 1 day (spatutnya aku balik jumaat tapi extend ke sabtu)
lepas lunch (diorang je lunch, tanak aku ikut. takde makanan halal) baru start keje aku. mula2 plant tour. jalan tgk production line diorang sambil dengar ceramah dari manager sales diorang. lebih kurang sejam rasanya. lepas tu aku lepak balik kat conf room diorang. pkl 3 dah lapar, igt nak balik hotel terus, tapi teringin nak berjalan jalan. klau call taxi, tak reti aku nak cakap nak mintak dia bawak jalan2.
sembang2 skit ngan manager diorang, diorang sudi bagi driver sorang bawak aku jalan2. cayalah, jln free tak payah bayar apa2 ;-) dua jam jugak driver tu bawak aku jalan2. dia tak reti english gak. ayat pertama dia cakap lepas aku try nak sembang ngan dia, "i dont know english". tapi aku layan je. aku cakap melayu, dia cakap cina. dia tak paham apa aku cakap, aku tak paham apa dia cakap. tapi kami sembang la. hahahah.
5 ptg baru smpai hotel. mandi, solat, "lunch" (makan megi je) aku kluar jalan2 nak cari makanan halal.jalan punya jalan, tak jumpa pun kedai makanan halal. jumpa satu keai india tapi india non muslim. dlm masa berjalan tu, rasa cam kat penang je. suasana sama je. tak risau langsung aku. pkl 6.30 ptg dah gelap gelita. selepas lebih kurang 3 km berjalan, tak jumpa jugak kedai makan. nak balik, kena jalan lagi. aduih. last2 tak tahan dah perut, dengan letihnya, laparnya, aku masuk starbuck order kopi, beli sandwich tuna ngan kek raspberry kot. masa makan sandwich tuna tu, ada daging dalam tu. terkejut aku. last2 makan kek tu je la. lepas tu berjalan balik ke hotel. malas nak naik teksi. tak syok. pkl brapa tah baru sampai ke hotel. sebelah hotel ada shopping complex, beli air ngan megi. kat sini terjumpa barang makanan buatan malaysia, terus beli :D (cereal) naik atas, baru makan proper dinner a.k.a megi. lepas makan, tido. kali ni kunci jam 5.30 pulak. eheh.
21
5.30 pagi bangun. tengok luar dah cerah. cilakak, subuh gajah lagi. rupanya musim skarang siang diorang panjang, malam pendek. so subuh 4.30 pagi. lepas subuh gajah tu, tido balik. dlm pkl 9 pg pergi breakfast. aku makan roti je la ngan jem. sedih ooo. pagi tu aku jalan2 cari souvenior + ngan harapan dapat jumpa masjid. souvenior jumpa, masjid tak jumpa. tapi aku tak beli, sebab mahal. satu keychain = rm 4. mampus aku kalau beli 30. tgh sedap berjalan boss tipon, ada issue lagi.so dlm pkl 12 tgh hr aku balik ke hotel, pakai tipon hotel, online skali. siot je, jauh dari opis pun kena tgk kerje.lunch skali time tu (megi la). pkl 4 aku bertolak ke tempat vendor. meeting sejam, then yg lebih2 tu merapu ngan salah sorang akak kat situ (dia berkenan tengok wallpaper laptop aku. hahaha.) akak ni cam budak2 skit walaupun anak dia dah 12 tahun. layan gak la sembang, tak ramai yg boleh cakap omputih. sekali ngan manager2 diorang layan sembang merapu. meeting sejam je pun. pkl 6 lebih balik hotel.
22
flight balik, pukul 6.30 pagi. pkl 12 mlm aku dah siap2 pack barang nak balik esok pagi. kunci jam pkl 4.30 pagi. tengok tv dulu (cadangnya takmau tido, nak lelap kejap je) akan tetapi pukul 5.30 pagi baru terjaga! dari hotel nak ke airport 40 minit, time ni terpikir, kalau tak sempat flight nih, balik penang, aku resign terus. gelabah gila2. ada 6 boxes yang nak kena bagi kat factory pukul 5 ptg nanti. dalam gelabah2 tu, capai beg, berlari turun bawah, pergi kat reception, gitau flight pkl 6.30. terkejut beruk receptionist tuh. nasib baik ada teksi depan tu. sumbat barang, terus gi airport (perasan tak, tak mandi pun. hahaha) dalam teksi tu, macam2 pikir. maunya kene sumpah dengan bos kalau miss flight ni. itu je satu2nya flight ke penang yang tinggal dalam mgu tu. teksi driver nih, bawak cam hantu, nak kejar flight punya pasal. respek aah, dari 40 minit, 20 minit je sampai ke airport. alhamdulillah, ada harapan lagi. 5.50 sampai airport, bayar 300 yen kat taxi driver tu, cakap kat dia, keep change, dia takmau. di abagi balik duit lebih. kagum betul.
dah sampai airport kalut nak buat custom clearance, luggage etc. smuanya dapat potong q (ye la, dah lambat, special treatment) dah setel bahagian tuh, berlari lagi nak masuk dlm kapal. ngam ngam 6.30 masuk dan bukan orang yang last, second last. ces, buat penat lari je. flight tu ke taipei dulu baru patah balik ke penang. dah sampai taipe, ada masa sejam sebelum flight ke penang berlepas. masuk rest room, mandi, gosok gigi, melepas apa yang patut. legaaaaa. yang bangangnya, tak tengok jam. kluar je dari rest room, check jam, lagi 10 minit nak berlepas. pucat muka2. baru nak cari terminal kat mana. tya2 orang kat situ, terminal tu kat wing lagi satu. meaning, klau time tu aku kat wing timur, ujung skali, aku kena ke wing barat, ujung skali. hahaha. mampus. berlari lagi. berlari sungguh2. sampai kat terminal tuh, orang dah masuk, nasib baik aku naik business, cut queue. berpeluh balik. siot je. sblm naik tu toleh belakang, baru perasan, ada train hubungkan terminal barat ngan timur. ces ces ces. yg duk business smua orang tua2. bosan betul. dlm flight aku layan tido, sampai ke penang. pkl 1 tgh hari smpai penang, lebih kurang 5 jam perjalanan. selamat jugak aku sampai penang :-D
|
|